Perjalanan seorang musafir…..

yang mendambakan maghrifah dan redha Tuhan sekalian alam.

sudah cukupkah?

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

 

Hari kian berlalu

masa berdetik tanpa menghiraukan keadaanku

adakah setiap masaku berlalu

dengan menghadirkan Dia dalam setiap perkaraku?

 

Kadang terfikir, cukupkah solatku?

cukupkah puasaku?

cukupkah amalan-amalanku yang sunnat?

adakah semua waktuku benar-benar aku luangkan hanya keranaNya?

 

Terkadang terlupa akan janjiku kepadaNya

terkadang terlena dengan kerja-kerja seharian

terkadang terasyik dengan hak-hak diri, keluarga dan sahabat,

tapi adakah aku bersedia nanti bila kekasih hati ini ingin menjemputku?

 

Adakah aku akan boleh menatap wajahNya nanti?

Adakah aku boleh untuk menjejakkan kaki ke dalam jannahNya nanti?

Sudah cukupkah kerjaku di dunia ini?

yang aku ucapkan sebagai ladang&kebun untuk tempat yang lebih hakiki?

 

Moga Allah (SWT) sentiasa akan mengingati diriku yang masih lemah ini…..

Menanti di barzakh

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih

 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

 

 

 

 

Bagaimanakah keadaannya ketika menunggu Malaikat Izrail untuk menjemputku? Adakah aku bersedia atau adakah aku ……..Janganlah mati katak, nauzubillah. Teringat kisah salah seorang sahabat, Saad bin Abi Waqas, di mana dia ternanti-nanti untuk mati, untuk bertemu dengan kekasihnya dan merasa sungguh hairan melihat anak kandungnya menangis kerana melihat keadaannya yang dalam keadaan nazak. Lalu dia memujuk anaknya dengan menyatakan ketidaksabarannya untuk bersua dengan kekasih hatinya, iaitu Sang Khaliq sekalian alam. Allahu Akhbar!

 

Ya Rabb, Tuhan sekalian alam, izinkan hambaMu yang kerdil ini untuk menatap wajahMu dengan dikelilingi oleh orang-orang yang aku sayangi keranaMu.

Duniakah atau jannahNya?

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

 

Apabila melihat kerenah manusia yang berbagai ragam,

aku tergamam, aku tersentak,

apakah itu juga yang aku mahukan?

keindahan dunia yang disalah gunakan,

pergaulan yang tiada batasan,

hiburan yang berlebihan,

menghabiskan harta pada yang tidak sepatutnya?

 

Tahu sahaja bahawa diri ini mahukan semua benda yang indah,

tapi terpikir juga, bukankah nanti di sana aku akan boleh dapat semua benda yang aku idamkan?

bukankah di sana nanti, tiada rasa sedih,

sebab, Dia janjikan taman hijau yang nun indah di mana sungai mengalir di bawahnya……..

bukankah itu lebih berharga dari dunia dan seisinya?

 

“Ya Allah (SWT) letakkanlah dunya di tanganku bukan di hatiku, supaya senang sahaja aku melepaskannya bila-bila masa aku kehendaki.”

 

*muhasabah mode*

 

Izinkanlah….

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Kekadang tertanya pada diri, betulkah cinta hanya padaNya?

Betulkah cinta keranaNya?

Betulkah apa yang dibuat ini hanya untukNya?

Hanya untuk mendapat redhaNya dan menatap wajahNya di jannahNya nanti?

Aduhai, sungguh besar cita-cita hamba yang kerdil ini

Namun bila melihat keadaan diri sendiri,

layakkah diri ini dilihat oleh Allah (SWT) Yang Penyayang?

Sudikah Allah (SWT) Yang Maha Pengasih menyapaku nanti?

Amal dikerjakan terasa sangat sedikit………

Sediakah diriku nanti untuk bersua denganNya?

Ya Rabb, Tuhan sekalian alam,

Tuhan Yang Mengetahui apa yang terpendam di dalam hati ini,

pimpinlah hati hambaMu ini untuk sentiasa mengingatiMu,

untuk sentiasa mendahuluiMu dari segalanya dan

izinkanlah hambaMu ini melabuhkan cinta hanya kepadaMu.

(Yang sangat memerlukan kekuatan dari diriNya untuk berdepan dengan dunia yang sentiasa mengejar diri ini)

allah-copy.jpg

Bersama-sama kita berusaha keranaNya…

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Belum sampai 48 jam ana meninggalkan mereka. Terasa sangat merindui mereka walaupun pada hakikatnya boleh sahaja ana menekan nombor dan bertanyakan khabar mereka. Tapi mereka memerlukan masa untuk menghadam apa yang mereka dapat minggu lalu, mereka memerlukan masa  untuk settlekan benda-benda mereka, study mereka & lebih-lebih lagi bagaimana untuk membagi masa dengan perkara yang kami sangat berpaut pada jalanNya ini.

Membaca apa yang mereka dapat dari minggu lalu sangat menyentuh hati ini, alhamdulillah mereka dapat nampak benda yang hendak disampaikan walaupun mereka terpaksa melawan hati mereka yang terasa berat dengan tanggungjawab ini. Wahai kekasih-kekasihku, akhwatfillah, ana sangat suka akan ayat ini sebab ana memang yakin Allah (SWT) tidak akan membebani kita di luar kemampuan kita. Bukan hanya sekali Allah (SWT) memujuk kita dalam Al-Quranul Kareem, tapi banyak kali Allah (SWT) menyatakan kepada kita bahawa Allah (SWT) tidak akan membebani kita di luar kemampuan kita.

“Allah (SWT) tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (2:286)

” Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (SWT) (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).” (4:84)

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. “ (7:42)

“Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati. “(18:88)

“Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya. “ (23:62)

“Allah (SWT) tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah (SWT) kepadanya. “ (65:7)

“Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam), Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?” (94:2-3)

Memang benda ini berat, memang hanya orang yang terpilih sahaja yang merasai benda ini berat dan hanya orang yg sedikit sahaja yang mahu menyahut seruanNya. Kita bersyukur dan gembira kerana Allah (SWT) memilih kita untuk menjadi golongan yang sedikit ini. Hanya golongan yang sedikit sahaja yang akan memasuki jannah Allah (SWT) dan kita doa semoga Allah (SWT) memasukkan kita ke dalam golongan yang sedikit ini.

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. ” (2:25)

“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah (SWT) dan di sisi Allah (SWT) jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). “(3:195)

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah (SWT) dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah (SWT) kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). “(4:69)

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (SWT) (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah (SWT) melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah (SWT) menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah (SWT) melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar”(4:95)

“Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah (SWT) dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah (SWT) akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira) dan Allah (SWT) akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya. “(4:175)

Ana sendiri pun masih belajar dalam jalan ini, tapi inshaAllah kita berganding bahu dan bersama-sama dalam safNya untuk menaikkan lagi kalimah Laillahaillah ini.  Kita bagaikan batu-bata yang melengkapisatu sama lain untuk membangun semula satu bangunan yang besar dan tinggi itu.Sesungguhnya Allah (SWT) mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. “(61:4) Dan kita berharap kita akan menjadi pembela agama Allah (SWT) seperti mana segolongan kaum Nabi Isa mengatakan begitu dan seperti mana para sahabat membantu Nabi dalam menyebarkan agama Allah (SWT) yang agung ini.

Kerja ini juga bergantung kepada iman yang mendalam dan kita kena yakin bahawa agamaNya ini akan tertegak di bumi ini suatu hari nanti walaupun kita tidak nampak akan kegemilangan islam ini dengan mata kita sendiri. Tapi kita beriman, yakin akan tertegaknya kalimah agung ini di satu puncak yang mungkin generasi kita yang akan datang menyambung rantai-rantai jalan ini sepertimana kita setuju menyahut untuk menyambung rantai yang diturunkan dari Nabi Muhammad saw.

Sama-sama kita berdoa untuk terus tsabat dalam jalanNya, sentiasa memperbaharui iman, memperbaiki diri dan nasihat menasihati serta ingatlah ana dalam doa antunna semua.

Ana uhibbukum fillah <3

each-copy.jpg

Khas buat mu…..

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

 

Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar

 

Rasanya baru semalam kita bertemu, tapi hakikatnya baru esok diizinkan hendak bersua. Semangat hendak berkerja terus meluap-luap dalam diri setiap orang, Alhamdulillah.

 

Ya Akhwats,

Kita melangkah keluar dari hari-hari yang mencabar,

Untuk masuk ke dalam dunya yang lebih mencabar,

Semua merasa gembira dan teruja,

namun hakikatnya terdetik perasaan gementar

menyelubungi diri semua orang.

 

Ya akhwatsfillah,

melangkahnya kaki kita untuk berada di jalanNya,

untuk mengikut cara para anbiya’,

untuk meraih keredhaanNya,

malah untuk mendambakan maghrifahNya.

 

Yakinlah akwatsfillah,

bahawa usaha kita tidak akan sia-sia,

yakinlah, apa yang kita buat hanya untuk mendapatkan kemenangan kepada Islam,

yakinlah, kita berusaha sekadar yang kita mampu,

dan Allah (SWT) lah yang menjadi penolong kita.

 

Ya akhwatsfillah,

kekuatan kita adalah iman, ukhuwah dan benda,

iman kita kepada Allah (SWT) lah yang menyatukan kita,

kemanisan ukhuwah juga pengubat rindu kita,

dan takaful lah yang meringgankan beban kita,

dan sebab itulah kita saling memerlukan sesama kita.

 

Kita betulkan niat kita semula,

kita tanamkan di dalam hati kita,

apa sebenarnya kita nak bawa,

apa sebenarnya hendak kita sampaikan,

iaitu,

mengajak mereka kembali kepada Allah (SWT), Al- Quran dan As-sunah.

 

Ya Allah (SWT), permudahkanlah segala urusan kami……rabbi yasirru walatu asirru.

Apabila semua hati-hati berkumpul hanya keranaNya~

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apabilah melihat muka mereka,

hati merasa tenang.

Apabila menatap wajah mereka,

timbul rasa kasih sayang dan cinta keranaNya.

Apabila merenung anak mata mereka,

terserlah keseronokkan hanya keranaNya.

cinta1.jpg

Melihat mereka semangat dan bersungguh-sungguh sangat menyuntik semangat yang baru bagi diriku. MashaAllah, hanya Allah (SWT) sahajalah yang tahu apa yang aku rasakan.

“Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati ini, tsabatkanlah hati ini keranaMu. Ya Allah (SWT), rapatkanlah saf kami dalam menegakkan kalimah Laillahaillah. ”

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

jihad_9.jpg

Let the pictures&videos do the talking….

In The Name of Allah (SWT) The Most Gracious, The Most Merciful

An explosion is seen as missiles fired from an Israeli aircraft fall towards a target in the northern Gaza Strip, as seen from the Israeli side of the border, Thursday, Jan. 1, 2009. (AP Photo/Gil Nechushtan)

2

The moon is seen as an Israeli military attack helicopter flies over the northern Gaza Strip near the border with Israel, Sunday, Jan. 4, 2009. Israeli ground troops and tanks cut swaths through the Gaza Strip early Sunday, bisecting the coastal territory and surrounding its biggest city. (AP Photo/Ariel Schalit) #

3

Israeli infantry soldiers walk into Gaza on January 04, 2009 on the border between Gaza and Israel. Israeli forces are battling Hamas fighters as they attempt to take the rocket launch areas used by Hamas since Israeli troops entered Gaza after nightfall on Saturday. It is expected that this will be the first wave of assault, with some 10,000 Israeli troops and hundreds of tanks massed on the Gaza border. (Uriel Sinai/Getty Images) #

4

An Israeli flare lights up an area on the edge of Gaza City after a day of heavy clashes between Hamas fighters and Israeli forces on January 5, 2009. (MAHMUD HAMS/AFP/Getty Images) #

5

Smoke from Israeli artillery shelling covers the ground of the northern Gaza Strip on January 3, 2009. (PATRICK BAZ/AFP/Getty Images) #

6

An Israeli boy walks into a bomb shelter in the southern city of Ashkelon, Israel on January 4, 2009. (REUTERS/Amir Cohen) #

7

An Israeli police officer near a rocket fired by Palestinian militants from the Gaza Strip which landed near Sderot, southern Israel Thursday, Jan. 1, 2009. (AP Photo/Bernat Armangue) #

8

An Israeli gunner covers his ears as a mobile artillery piece fires at a target in the Gaza Strip, on the Israel-Gaza border, Sunday, Jan. 4, 2009. Israel seized control of high-rise buildings and attacked houses, mosques and smuggling tunnels as it pressed forward with its offensive against the Gaza Strip’s Hamas rulers on Monday. (AP Photo) #

9

The sun sets on the Israel-Gaza border January 4, 2009. (REUTERS/Yannis Behrakis) #

10

Palestinians hold white flags as a signal for Israeli troops after leaving their house near the area where Israeli soldiers and Palestinian militants exchange fire outside Jabaliya refugee camp, northern Gaza Strip, Monday, Jan. 5, 2009. (AP Photo/AP Photo/Hatem Moussa) #

11

Artillery shells explode above Gaza City on January 4, 2008, as seen from the Israeli side of the Israel-Gaza border. (PATRICK BAZ/AFP/Getty Images) #

12

A Palestinian medic surveys the damage to a mobile medical clinic destroyed after an Israeli air strike in Gaza January 5, 2009. Four ambulances and three mobile clinics were destroyed in the bombing at Health Care Union, medical workers and witnesses said. (REUTERS/Mohammed Salem) #

13

A picture taken from the Israeli side of the border with the Gaza Strip shows a bomb dropped by an Israeli air force F-16 jet exploding in Beit Hanoun, north of the Gaza Strip, on January 3, 2009. (PATRICK BAZ/AFP/Getty Images) #

14

An Israeli soldier looks out towards Gaza January 4, 2009 outside of Sderot, Israel. (Spencer Platt/Getty Images) #

15

An exchange of fire is seen between the area of the Erez Crossing and Beit Lahiya in the northern Gaza Strip early January 4, 2009. (REUTERS/Amir Cohen (ISRAEL) #

16

Leaflets dropped by Israeli planes are seen falling above the northern Gaza Strip as seen from the Israel side of the border with Gaza, Saturday, Jan. 3, 2009. (AP Photo/Tara Todras-Whitehill) #

Warning:
This image contains graphic
or objectionable content

click here to view it.

17

The feet of one of three Palestinian siblings from the Al-samoni family, killed by an Israeli tank shell, are seen in the mortuary of Al-Shifa hospital, on January 5, 2009 in Gaza City. Seven members from the Al-samoni family were killed including the mother, three children and a baby, when an Israeli shell struck their house south of Gaza city. (Abid Katib/Getty Images) #

18

Army officers and medics wheel an Israeli soldier wounded in the Gaza Strip, after he was brought to Soroka Hospital in the southern Israeli town of Beersheba, Monday, Jan. 5, 2009. (AP Photo/Ariel Schalit) #

19

A relative of a Palestinian victim cries at the morgue in the Al-Shifa hospital on January 5, 2009 in Gaza City, Gaza. (Abid Katib/Getty Images) #

20

An Israeli army mortar team launches a round at a Palestinian target inside the Gaza Strip January 1, 2009 as seen from Israel’s border with the Hamas-run territory. (David Silverman/Getty Images) #

21

Palestinian firemen work amongst the rubble of the destroyed house of Hamas senior leader Nizar Rayan after an Israeli missiles strike in the refugee camp of Jabaliyaon January 1, 2009 in Gaza, Gaza Strip. (Abid Katib/Getty Images) #

22

A rocket fired by Palestinian militants from the northern Gaza Strip flies towards an Israeli target Friday, Jan. 2, 2009. (AP Photo/Bernat Armangue) #

23

An Israel soldier walks at a staging area just outside the Gaza Strip, Friday, Jan. 2, 2009. (AP Photo/Sebastian Scheiner) #

24

Debris flies up as a bomb explodes after an Israeli air strike in the northern Gaza Strip January 3, 2009. (REUTERS/Nikola Solic (GAZA) #

25

An Israeli army soldier stands next to artillery shells at a staging area on the Israel side of the border with Gaza Strip, Sunday, Jan. 4, 2009. (AP Photo/Bernat Armangue) #

Warning:
This image contains graphic
or objectionable content

click here to view it.

26

People gather around bodies of Palestinians near a U.N.-run school in Jabalya in the northern Gaza Strip January 6, 2009. Israeli tank fire killed up to 40 Palestinians at the United Nations school in the Gaza Strip on Tuesday, medical sources at two hospitals said. Israeli officials claim they had targeted Hamas soldiers operating in the area. (REUTERS/Ismail Zaydah) #

27

Smoke from Israeli artillery shelling billows from the Gaza Strip during sunset on January 3, 2009. (PATRICK BAZ/AFP/Getty Images) #

28

An Israeli mobile artillery unit fires a shell towards Gaza from its position outside the central Gaza Strip January 6, 2009. (REUTERS/Baz Ratner (ISRAEL) #

29

A shell fired by the Israeli military explodes in the northern Gaza Strip as seen from the Israeli side of the border with Gaza, Saturday, Jan. 3, 2009. (AP Photo/Bernat Armangue) #

30

A young Ethiopian immigrant stands in a bomb shelter in the southern city of Beersheba, israel on January 5, 2009. (REUTERS/Eliana Aponte) #

31

Israeli and foreign photographers take pictures of Israeli troops just outside the northern Gaza Strip January 7, 2009. (REUTERS/Amir Cohen (ISRAEL) #

32

A Palestinian firefighter uses a hose to clean blood from a street in Gaza January 7, 2009. (REUTERS/Ismail Zaydah (GAZA) #

33

Fire and smoke explode from an Israeli air strike in Gaza City on January 3, 2009. (MAHMUD HAMS/AFP/Getty Images) #

34

An Israeli army mobile cannon redeploys closer to Gaza at sunset January 5, 2009 near Israel’s border with the Palestinian territory. (David Silverman/Getty Images) #

More pictures here and video here

[kml_flashembed movie="http://uk.youtube.com/v/ty2isUW5hEk" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

Puasa Asyura

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

Artikel ini dipetik dari AlAhkam.Net untuk dikongsi bersama.

PENDAHULUAN

Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

KELEBIHAN

عن أبي هريرة t قال : قال رسول الله r : ( أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل ) وفي رواية: ( الصلاة في جوف الليل )

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’ anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasal lam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah (SWT) Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”

[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]

GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’

عن أبي قتادة t أن رسول الله r سئل عن صوم يوم عاشوراء ، فقال :  ( يكفر السنة الماضية ) وفي رواية : ( … وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله )

Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’ anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”.

[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]

Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah (SWT) Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah (SWT) Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.

HIKMAH PUASA ‘ASYURA’

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah (SWT) menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.

[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]

Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.

Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.

DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM

عن ابن عباس - رضي الله عنهما - أن رسول الله r لما صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا : يا رسول الله ، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى ، فقال رسول الله r : ( فإذا كان العام المقبل - إن شاء الله - صمنا اليوم التاسع ) قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله r .

Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’ anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.

Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”

(HR. Muslim no. 2722)

Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiw asallam bersabda:

( لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع )

“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.

(HR. Muslim no.2723)

Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahua’ alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :

( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود )

“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi”

[HR. Al-Baihaqi no.8665]

Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.

KESIMPULAN

Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat beberapa peringkat  iaitu :

Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]

Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam artikel ini.

Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar yang dhoif dari Ibn Abbas.

Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja. Wallahua’lam

[Risalah Ahadith Syahrillah AlMuharram ms 13]

Marilah dengan puasa ini jugak kalau boleh cadangkan - puasa Ashura ni kita tawassaul dengan amalan puasa ini dan doa untuk kehancuran askar dan negara Zionis sepertimana dilakukan oleh 3 orang yang terperangkap dalam gua dan bertawassul dengan amal solih mereka.

berdoa.jpg

Allahu alam.

WHERE ARE YOU?????

In The Name of Allah (SWT) The Most Gracious, The Most Merciful

Aku jatuh terduduk, tersungkur…..

Allah (SWT)…Allah (SWT)…Allah (SWT)….

baru sekejap aku menjamaah hidangan sedap,

sekarang baru aku teringat akan mereka kembali,

terasa sebak di dada….. air mata mengalir dipipi….

aku teresak-esak…..

Allah (SWT)…..

Ya Rabb….bangunkanlah umat islam yang lena….

Ya Rabb….berikanlah kami umat islam kekuatan….

Ayuh sahabatku, marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk mengajak umat islam kembali kepada Allah (SWT).

Adakah kamu hanya hendak menjadi pemerhati dan penonton seolah-olah tengah menonton wayang sedih?

Adakah kamu hanya mampu bersedih?

Ayuh, sama-samalah kita berdiri dan merapatkan saf kita dan maju untuk melawan kuffar!

Ayuh, kita hendaklah bersatu hati untuk menegakkan kalimah Allah (SWT) di bumi ini!

Kalau bukan kita siapa lagi? Adakah kita hendak duduk terpiruk dan mengharungi hidup seperti biasa tanpa bertekad untuk membantu mereka?

Di sinilah pentingnya mengajak yang lain kembali kepada islam, di sinilah pentingnya dakwah, di sinilah pentingnya semangat kita untuk mengajak manusia yang lain. Di sinilah pentingnya biah solehah. Di sinilah pentingnya ukhuwah. Di sinilah pentingnya pendidikan kita untuk terus maju kehadapan menegakkan kalimah Allah (SWT). Tanpa semua ini, mana mungkin kita akan bangkit dan ambil peduli tentang mereka. Kita akan terus hanyut, hanyut dibawa arus dunia….hanyut dengan hiburan-hiburan yang sengaja dicipta oleh kuffar untuk meruntuhkan semangat kita sebagai orang islam.

Mother and four chilren among latest Gaza dead
Toll rises to 507, including 107 children

Date: 04 / 01 / 2009

Time:  09:44

تكبير الخط تصغير الخط

[Ma'anImages]

Gaza – Ma’an – A mother and her four children became are among the most recent victims of an ongoing Israeli air and ground offensive on the Gaza Strip on Sunday.

According to the under-secretary of the Palestinian Health Ministry, Hassan Khalaf, 507 Palestinians, including 107 children have been confirmed dead since the start of Israel’s attacks on Gaza nine days ago. Some 2450 have been injured.

Khalaf said that since the start of the ground invasion on Saturday night, 70 people, including 21 children and 11 women, have been killed. Three hundred seventy one have been injured.

Palestinian medical officials in Gaza said that the five members of the Baker family were blown to pieces when Israeli warplanes targeted their home in the At-Toufah neighborhood of Gaza City. Medics also said that two of the children were one and two years old respectively. The ages of the other two were not determined.

Another four children were killed in the town of Beit Lahiya, in the north of the Gaza Strip, in a series of airstrikes during which ten civilians were killed and 30 injured. Earlier on Saturday, three children were killed in an airstrike in the city of Rafah, in the south that targeted a Palestinian fighter.

Tank fire killed at least eighteen Palestinians on Sunday, including 14 in Beit Lahiya and four in Beit Hanoun.

Israel escalated shelling in the Gaza Strip in recent hours as resistance fighters continue to confront Israeli tanks and ground troops that entered the Strip from four points.

At least 514 Palestinians have been killed since Israel began intense airstrikes on 27 December. Gaza medical officials put the number of wounded at 2,250 over nine days.

***Updated 10:26 Gaza time

Another fact on boycotting!

-your sister in islam who wish to be in the “small” group(golongan yg sedikit)-