Perjalanan seorang musafir…..

yang mendambakan maghrifah dan redha Tuhan sekalian alam.

Archive for the ‘General Musings’


Diri kita yang menentukan sebenarnya…

Bismillahirrahmanirrahim


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Subahannallah, Alhamdulillah.


Happy because of 2 things.


1. Winter Escape

2. New baby boy in the family and inshaAllah one coming soon in July~ ;)

(more…)

Salaam Maal Hijrah! =)

Bismillahirrahmannirrahim.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Allah (SWT) izinkan untuk terus bernafas di muka bumiNya ini.


Bila teringat kembali kenangan silam, sungguh, aku bersyukur Allah (SWT) telah mengizinkan diri yang dhoif ini untuk mengenal erti sebenar cinta kepadaNya. Allah (SWT) telah membukakan pintu mata hati ini untuk terus berada di jalanNya. Memang, aku akui, bukan senang untuk melalui liku-liku hidup yang Allah (SWT) sudah takdirkan untuk diri ini, namun aku percaya semuanya memang ada keindahan yang menanti.


Bila diingat kembali, betapa jahil dan bongkaknya diri ini untuk tunduk patuh dalam ajaranNya, aku malu namun aku bersyukur kerana Allah (SWT) Yang Maha Pengasih mengizinkan diri ini untuk masih mencariNya walaupun aku sering melupakanNya. Hanya ingat semasa susah, hanya ingat semasa sakit, hanya ingat semasa membutuhkan keperluan hidup dariNya…… Memang Allah (SWT) sangat Penyayang, Dia tidak membiarkan diri ini terus sesat dengan keindahan dunia dan janji-janji manis para syaitan dan sekutunya.


Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Moga diri ini akan menjadi salah seorang akhwats yang terbaik di sisi Allah (SWT) swt. Jom usaha untuk capai jannah FirdausNya dan lebih penting lagi untuk bersua dengan Sang Khaliq di syurga nanti, Ameen Ya Rabb!


Hari ini milik anda!

Sendiri Menyepi~

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih


Tetiba rindu sisters seperjuangan di Brunei especially sambil-sambil dengar this song Sendiri Menyepi by eDcoustic. *sigh*


Tetiba sahaja banyak sangat dugaan yang Allah (SWT) berikan kepada hambaNya yang kerdil dan lemah ini.


Moga Allah (SWT) berikan kekuatanNya jua.


wassalam,

-counting hours to meet my beloved ones-

Alhamdulillah =’)

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih


Astagafirullah Astagafirullah Astagafirullah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…. Syukur kehadrat Illahi yang memberikan rezeki kpd hambaNya yg dhaif ini, sungguh darinya lah rezeki itu dan kepadanya jualah rezeki itu dikembalikan.


Ya Rabb, masukkanlah kami ke dalam org2 yg sentiasa mensyukuri akan nikmatMu dan jauhkanlah kami daripada sikap putus asa.


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.  (14:7)

Mabruk to the final years too….semoga Allah (SWT) memberkati semua usaha tani and lebih mendekatkan tani kepadaNya. =D

(more…)

Protected: 94:5-6

This post is password protected. To view it please enter your password below:


KepadaMu ku berserah

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih


Memang, bila sesuatu perkara yang tidak disukai berlaku, ianya adalah satu perkara yang sangat sukar untuk diterima. Ya Rabb, berilah kekuatan pada hambaMu yang lemah ini.

” boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah (SWT) jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. “(2:216)


Puasa Asyura

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

Artikel ini dipetik dari AlAhkam.Net untuk dikongsi bersama.

PENDAHULUAN

Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

KELEBIHAN

عن أبي هريرة t قال : قال رسول الله r : ( أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل ) وفي رواية: ( الصلاة في جوف الليل )

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’ anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasal lam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah (SWT) Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”

[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]

GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’

عن أبي قتادة t أن رسول الله r سئل عن صوم يوم عاشوراء ، فقال :  ( يكفر السنة الماضية ) وفي رواية : ( … وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله )

Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’ anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”.

[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]

Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah (SWT) Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah (SWT) Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.

HIKMAH PUASA ‘ASYURA’

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah (SWT) menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.

[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]

Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.

Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.

DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM

عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن رسول الله r لما صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا : يا رسول الله ، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى ، فقال رسول الله r : ( فإذا كان العام المقبل – إن شاء الله – صمنا اليوم التاسع ) قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله r .

Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’ anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (‘Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.

Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”

(HR. Muslim no. 2722)

Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiw asallam bersabda:

( لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع )

“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.

(HR. Muslim no.2723)

Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahua’ alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :

( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود )

“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi”

[HR. Al-Baihaqi no.8665]

Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.

KESIMPULAN

Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat beberapa peringkat  iaitu :

Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]

Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam artikel ini.

Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar yang dhoif dari Ibn Abbas.

Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja. Wallahua’lam

[Risalah Ahadith Syahrillah AlMuharram ms 13]

Marilah dengan puasa ini jugak kalau boleh cadangkan – puasa Ashura ni kita tawassaul dengan amalan puasa ini dan doa untuk kehancuran askar dan negara Zionis sepertimana dilakukan oleh 3 orang yang terperangkap dalam gua dan bertawassul dengan amal solih mereka.

berdoa.jpg

Allahu alam.

A new start

Bismillahirrahmannirrahim


I’ve decided to delete my previous blog due to under circumtances. A so-call-new-blog, a new beginning and a new life indeed, bi iznilalh.


Alhamdulillah Allah (SWT) still let me to write here heehee eventhough I’m supposed to have a date with my past year papers at this moment but what I wanted to share here inshaAllah won’t take that long :)


What did make me to have this new baby of mine? Those couple of weeks was really hectic, I’d been through a lot stuffs but I believe what I’d been through is going to make me a better muslimah, inshaAllah. “Allah (SWT) won’t take you to the river to drown you but to cleanse you”. Problems were arise which nearly made me not to be in one roof with my good sisters, but alhamdulillah everything is solved now. The key for the problems are qalb and tongue. It showed that if you don’t like what your friend do to you, just talk to them nicely and start with saying, what you are going to say may be hurtful for her but this is the truth and if there’s something that she doesn’t like your way too, let you know, this is what friends for, friends tell your mistakes so that you won’t or at least try not to do it again and again. We as a human being need each other to remind each other as Allah (SWT) stated in surah Al-Asr. Plus if we’re really a true friend, we’ll take them eventhough it’s hurtful, I still remembered, Kak F did tell me that, if she’s your friend she won’t be mad at you, but if she did, then that’s not what you call a friend. But of course she’s relating it with that surah too. Then when I muhasabah myself I remembered this 49:6 and 49:12.

“O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done.”(49:6)

“O ye who believe! Avoid suspicion as much (as possible): for suspicion in some cases is a sin: And spy not on each other behind their backs. Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Nay, ye would abhor it…But fear Allah (SWT). For Allah (SWT) is Oft-Returning, Most Merciful.”(49:12)

But at the same time, I was relief that it’s happened. Each and everyone of us talk what lies on our qalb for all this time, we confessed to each other. People would thought that we’re the happy housemates but when that thing happened I just realised that we’re not, we never had confession til that night, alhamdulillah.


Then I received an email from a good friend of mine. I was happy to know that she’s writing to me but my happiness wasn’t that long. I end up by sighing when I came to the end of the email. I was so frustated by her action. I told her that what she did was totally wrong, obviously wasn’t the solution for her problem. But she kept on giving excuses. May Allah (SWT) shows her the right path ameen.


Exams are near the corner but I kept on thinking on this specific thing. I also didn’t know why I was so emo on that. But alhamdulillah after talked that out to U, I felt much way better inshaAllah. Her email made me think and delete some stuffs that I should have done before, alhamdulillah, Allah (SWT) shows me the best thing that I should do and open my heart to take all her says and also had a gut to talk to her in the first place for I never touch that specific thing to her before. May Allah (SWT) keep me tsabat on His deen. How I wish too that I can easily delete “that memory” from my brain like deleting a post from this internet, like deleting all that we put in this RAM,ROM, but inshaAllah I could with His will. I really wish that I can make it vanish, inshaAllah.


All that had happened were already written in Lauh Mahfuz. Allah (SWT) knows what is the best for each and everyone of us.

“But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah (SWT) knoweth, and ye know not.”(2:216)


We should take lesson from what had happened to us. Heehee I just remembered that I really learned many things today. I bought red-mushy strawberry that look delicious for GBP4+! I didn’t know its price til the cashier told me the total amount I’d to pay for my strawberry and grapes. The lesson that I learned was that ask if you don’t know. The second thing is that, I thought(a nicer word than forgot :P ) I’d to submit the coursework on Friday but actually it’s supposed to be submitted on the 1st May, so I’d to go back home and print them which took me around hour then went back to uni to submit the work. Alahai~


It’s getting late already and I haven’t touch any of my past year papers tonight =( I’d this Kempen Membentras Kemalasan with this sister, we’d promised each other that by end of this week we’d be done with our own revisions. Better get going now, pray that the exams paper will be easy for me to answer ameen. Oh and I am looking forward to Summer Camp too, yeay! :D and and and I smell home lately~ =)


All good is from Allah (SWT), but all that bad comes from the results of my own doing.