Bersama-sama kita berusaha keranaNya…
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Belum sampai 48 jam ana meninggalkan mereka. Terasa sangat merindui mereka walaupun pada hakikatnya boleh sahaja ana menekan nombor dan bertanyakan khabar mereka. Tapi mereka memerlukan masa untuk menghadam apa yang mereka dapat minggu lalu, mereka memerlukan masa untuk settlekan benda-benda mereka, study mereka & lebih-lebih lagi bagaimana untuk membagi masa dengan perkara yang kami sangat berpaut pada jalanNya ini.
Membaca apa yang mereka dapat dari minggu lalu sangat menyentuh hati ini, alhamdulillah mereka dapat nampak benda yang hendak disampaikan walaupun mereka terpaksa melawan hati mereka yang terasa berat dengan tanggungjawab ini. Wahai kekasih-kekasihku, akhwatfillah, ana sangat suka akan ayat ini sebab ana memang yakin Allah
tidak akan membebani kita di luar kemampuan kita. Bukan hanya sekali Allah
memujuk kita dalam Al-Quranul Kareem, tapi banyak kali Allah
menyatakan kepada kita bahawa Allah
tidak akan membebani kita di luar kemampuan kita.
“Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (2:286)
” Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah
(untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).” (4:84)
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. “ (7:42)
“Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati. “(18:88)
“Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya. “ (23:62)
“Allah
tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah
kepadanya. “ (65:7)
“Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam), Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?” (94:2-3)
Memang benda ini berat, memang hanya orang yang terpilih sahaja yang merasai benda ini berat dan hanya orang yg sedikit sahaja yang mahu menyahut seruanNya. Kita bersyukur dan gembira kerana Allah
memilih kita untuk menjadi golongan yang sedikit ini. Hanya golongan yang sedikit sahaja yang akan memasuki jannah Allah
dan kita doa semoga Allah
memasukkan kita ke dalam golongan yang sedikit ini.
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. ” (2:25)
“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah
dan di sisi Allah
jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). “(3:195)
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah
dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah
kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). “(4:69)
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah
(untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah
menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar”(4:95)
“Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah
dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah
akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira) dan Allah
akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya. “(4:175)
Ana sendiri pun masih belajar dalam jalan ini, tapi inshaAllah kita berganding bahu dan bersama-sama dalam safNya untuk menaikkan lagi kalimah Laillahaillah ini. Kita bagaikan batu-bata yang melengkapisatu sama lain untuk membangun semula satu bangunan yang besar dan tinggi itu.“Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. “(61:4) Dan kita berharap kita akan menjadi pembela agama Allah
seperti mana segolongan kaum Nabi Isa mengatakan begitu dan seperti mana para sahabat membantu Nabi dalam menyebarkan agama Allah
yang agung ini.
Kerja ini juga bergantung kepada iman yang mendalam dan kita kena yakin bahawa agamaNya ini akan tertegak di bumi ini suatu hari nanti walaupun kita tidak nampak akan kegemilangan islam ini dengan mata kita sendiri. Tapi kita beriman, yakin akan tertegaknya kalimah agung ini di satu puncak yang mungkin generasi kita yang akan datang menyambung rantai-rantai jalan ini sepertimana kita setuju menyahut untuk menyambung rantai yang diturunkan dari Nabi Muhammad saw.
Sama-sama kita berdoa untuk terus tsabat dalam jalanNya, sentiasa memperbaharui iman, memperbaiki diri dan nasihat menasihati serta ingatlah ana dalam doa antunna semua.
Ana uhibbukum fillah <3
