Khas buat mu…..

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

 

Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar

 

Rasanya baru semalam kita bertemu, tapi hakikatnya baru esok diizinkan hendak bersua. Semangat hendak berkerja terus meluap-luap dalam diri setiap orang, Alhamdulillah.

 

Ya Akhwats,

Kita melangkah keluar dari hari-hari yang mencabar,

Untuk masuk ke dalam dunya yang lebih mencabar,

Semua merasa gembira dan teruja,

namun hakikatnya terdetik perasaan gementar

menyelubungi diri semua orang.

 

Ya akhwatsfillah,

melangkahnya kaki kita untuk berada di jalanNya,

untuk mengikut cara para anbiya’,

untuk meraih keredhaanNya,

malah untuk mendambakan maghrifahNya.

 

Yakinlah akwatsfillah,

bahawa usaha kita tidak akan sia-sia,

yakinlah, apa yang kita buat hanya untuk mendapatkan kemenangan kepada Islam,

yakinlah, kita berusaha sekadar yang kita mampu,

dan Allah (SWT) lah yang menjadi penolong kita.

 

Ya akhwatsfillah,

kekuatan kita adalah iman, ukhuwah dan benda,

iman kita kepada Allah (SWT) lah yang menyatukan kita,

kemanisan ukhuwah juga pengubat rindu kita,

dan takaful lah yang meringgankan beban kita,

dan sebab itulah kita saling memerlukan sesama kita.

 

Kita betulkan niat kita semula,

kita tanamkan di dalam hati kita,

apa sebenarnya kita nak bawa,

apa sebenarnya hendak kita sampaikan,

iaitu,

mengajak mereka kembali kepada Allah (SWT), Al- Quran dan As-sunah.

 

Ya Allah (SWT), permudahkanlah segala urusan kami……rabbi yasirru walatu asirru.



Leave a Comment


Powered by WP Hashcash