Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang

arroworange.jpg

Hanya ada dua jalan yang terbentang luas di hadapan hidup kita di dunya ini, iaitu “kanan dan kiri”, iaitu jalan yang BETUL atau jalan yang SALAH, untuk lebih tepat lagi, iaitu jalan ISLAM atau jalan JAHILIYYAH.

Saya percaya, jika sekiranya manusia di muka bumi ini ditanya, jalan manakah yang diidam-idamkan oleh mereka, jalan manakah yang menjadi pilihan mereka, sudah tentu semuanya akan menjawab jalan ISLAM. Tetapi persoalannya sekarang adalah adakah kita mengikuti jalan islam itu tersendiri? Adakah kita benar-benar hendak mengikut islam atau masih mengambil sebahagian islam dan sebahagiannya lagi di tolak ke tepi sebab ianya tidak bersesuaian dengan kehendak atau cita rasa kita? Atau kita berniat hendak mengambil jalan tengah sahaja di mana kita merasa selamat? Oh tidak sekali-kali. Sebab Allah (SWT) swt telah berfirman Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman) dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (SWT), maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.” (4:143)

Kita sentiasa sahaja meminta Allah (SWT) untuk menunjukkan kita ke dalam jalan yang lurus paling-paling pun 17 kali sehari Tunjukilah kami jalan yang lurus.” (1:6) Tapi macam manakah diri kita hendak tahu bahawa kita telah berada di jalan yang betul? Jawapannya adalah Amal makhruf nahi mungkar ( mengerjakan/menyeru kepada kebaikan dan menghindari kemungkaran). Tapi sebelum menjawab soalan saya, jalan manakah yang menjadi pilihan hati anda, kita hendaklah tahu apakah perbezaan antara islam dan jahiliyyah itu tersendiri.

Manusia pasti akan menghadapi dua dorongan ini iaitu islam dan al-hawa (al-hawa adalah fitrah atau kehendak atau kecendurungan). Bukanlah kita hendak me-mind set kan dalam pikiran kita bahasa al-hawa ini adalah satu perkara yang jahat, ada sahaja al-hawa ini bagus jika kita boleh menundukkan al-hawa kita ini kepada islam bak kata Maimun bin Mahran rahimahullah,”Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama islam.”

Soalan seterusnya macam manalah kita nak tahu bahawa al-hawa kita tu islam ke tak? Iaitu apabila dalam diri manusia itu ada penyakit hati, sombong, ujub, dengki, cintakan dunya, zina, perbuatan keji, ghibah(mengumpat) dan segala penyakit-penyakit yang kita sendiri boleh terpikir bahawa penyakit itu boleh membuat kita cenderung kepada perkara-perkara jahiliyyah. Walhal sepatutnya kita meletakkan dalam benak pikiran kita bahawa musuh kita yang paling berbahaya adalah nafsu dalam diri kita meminjam kata-kata Said Hawa dalam buku beliau, Tazkiyatun Nafs.

Golongan yang tewas :

1. “Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah (SWT); mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. “(58:19)

2. “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah (SWT) kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (SWT) (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” (45:23)

3. Apabila hati manusia menjadi mati dan keras maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan ke dalam dirinya.

4. Golongan yg trpedaya dan diperkudakan oleh syaitan dan hawa nafsu. Hanya mampu mengikut telunjuk batil dan akur dengan cengkaman thagut. Mereka menjadi sebahagian daripada kebatilan dan diperhambakan oleh kefasadan.

Golongan orang yg bermujahadah

1. “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah (SWT) lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah (SWT) dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)” (3:135)

2. Sentiasa berjihad melawan dirinya.

3. Tidak mudah mengalah dengan desakan dan umpanan syaitan dan hawa.

4. Merasai kehadiran Allah (SWT), merasai dirinya diperhatikan lantas mereka sentiasa menginsafi kemaksiatan dan kembali kepada kebenaran.

5. Tunduk kepada Allah (SWT) swt, mengakui kekuasan yang Maha Kuasa.

6. ” Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (SWT) (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah (SWT) menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah (SWT) jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” (5:48)

dsc00094.JPG

So tell me now, which one do you prefer? :)