Aug 13 2010

Hanya Dia Yang Mendengar…

Published by Ummu Mohammad under Luahan

Bismillahirrahmanirrahim…

Bulan yang dinanti-nantikan, sungguh mengembirakan. Semoga mendapat banyak manfaat dan mampu belajar banyak kesabaran dan keredhaan dalam menempuh hari-hari dan bulan-bulan yang akan datang…bi iznillah =’)

Pernah tak apabila mendengarkan kalamullah atau membaca ayat-ayat suci Allah (SWT), hati mudah terasa dan sama-sama menanggis  bersama dengan mata yang mana ianya dapat mengalirkan air yang jernih itu. Bagaimana keadaannya jika hati mampu menanggis seperti mata ya? Subhanallah…Sungguh besarnya kuasa Allah (SWT) yang mana Ia mampu membuatkan hati kita menanggis namun tanpa kita ketahui malah mata kita hanya mampu melahirkan dengan air mata yang mampu berderas keluar daripadanya. Subhanallah..sungguh indah kejadian Allah (SWT) swt ini.

Pernahkah merasa seolah-olah dunia begitu sempit, dadapun sempit membuatkan kita sukar untuk bernafas, semuanya merasa tidak kena, hati merasa sedih dan hendak menanggis sekuat-kuatnya???? Maka aku membawamu untuk sama-sama kita kembali kepada Allah (SWT) swt, kepada Dia yang sepatutnya kita melabuhkan cinta sebenar, kepada Dia yang sepatutnya bertahta dihati kita, kepadaNya sepatutnya kita mengadu, kepadaNya sepatutnya kita berserah….namun kita sering kali terlupa….

Kebelakangan, terasa diri sangat jauh dengan Allah (SWT), terasa sangat lemah, terasa sangat jauh dengan menyampaikan risalahNya  di sebabkan perkara yang memang memerlukan perhatiannya semenjak 3 bulan yang lalu. Diri sendiri berasa bersalah pada Allah (SWT), pada jalan yang ditempuh ini, pada diri dan khususnya juga kepada ummat kerana merasa diri sendiri tidak melakukannya dengan baik.

Apabila diberitahu keputusan yang akan mungkin diberi oleh supervisor dengan kerja yang sepatutnya difokuskan selama 3 bulan ini, terasa hati sangat berat hendak menerimanya. Allah (SWT) sahaja yang tahu bagaimana perasaanku pada masa itu walaupun kami berdua berada di dalam bilik tersebut (pintu berbuka semasa diskusi dilakukan). Aku merintih dalam hati, meminta tidak henti-henti supaya Allah (SWT) memberikan kekuatan dalam diriku. Namun berita tidak gembira itu tidak berakhir di sana, selepas itu aku ditimpa dugaan seterusnya dengan jalan yang aku tempuh. Innalillah wa innaillahi rajiun. Terasa dunia begitu sempit. Aku tidak mampu menahan lagi dengan tidak megalirkan air mata, namun aku berdoa, supaya Allah (SWT) membukakan jalan untuk ku dan memberikan aku ilham bagaimana untuk terus bertahan.

Sungguh, aku benar-benar takut apabila diuji sedemikian, takut aku tidak mampu untuk bertahan, tidak mampu untuk berdepan dengan Allah (SWT) dan ummat dalam mereka redha kepadaku. Aku menilai balik, apa yang telah ku lakukan selama ini, cukupkah sudah amalanku, cukupkah sudah ibadahku untuk membuatkan pertolongan dari Sang Kekasih milik sebenar diri ini, ikhlaskah amalanku, ikhlaskah selama ini apa yang aku lakukan. Betulkah apa yang aku buat semua ini untuk Allah (SWT), untuk ummat???? Dalam pada aku sangat-sangat sedih, aku percaya Allah (SWT) sangat mendengarkan diri yang hina, hamba yang rasa malu untuk meminta daripadaNya kerana terasa sikit amalan dan jual beli yang dilakukan, namun Allah (SWT) Maha Pendengar. Ketika tadabbur ayat Allah (SWT), aku menanggis…sungguh Allah (SWT) memang bersamaku… =’)

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah (SWT) jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).(Hud:6)

Aku terus mengharap kepada Allah (SWT) swt, tanpa kuasaNya, tiada seorangpun dapat melakukan apapun. Kepada Allah (SWT) swt lah jua ku meminta sebab Dialah yang Maha Kaya, Dia lah Pemilik sebenar semua makhluk ini. Jadi, kalau mahu apa-apa, minta kepada Allah (SWT) swt dahulu…..

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah (SWT) Yang Maha Esa. Allah (SWT) Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (Al-Ikhlas:1-4)

Berada pada masa ini memang sungguh perit. Memang kita tidak tahu apa yang akan menunggu kita di hadapan, apa yang akan kita lalui dan perolehi sebab sungguh kita hanya makhluk yang serba kekurangan dan kesempurnaan hanya milik Sang Agung. Aku ingin jadi seperti orang yang beriman, yang mana dia tidak sedih dan tidak susah hati dengan ketetapan yang Allah (SWT) sudah terapkan. Sungguh memang susah namun kita kena sentiasa berharap dan berdoakan.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah (SWT), tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Wali-wali Allah (SWT) itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa.Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah (SWT) yang demikian itulah kejayaan yang besar. (Yunus:62-64)

Sungguh aku tidak sabar untuk lepas dari benda ini supaya aku boleh kembali beraksi dalam jalanNya, bi iznillah!! Ya Allah (SWT) berikan ilham untuk aku terus menulis dalam menghabiskan hari-hari ini sebelum aku menghantarnya, Ya Allah (SWT) berkatilah setiap masa dan usahaku. Ya Allah (SWT) biarlah kerja ini hadiah untuk jalan ini dan untuk ummat! Aku mohon ya Allah (SWT)….. 


Aishah ra asked Allah (SWT)’s Messenger saw, “O Messenger of Allah (SWT)!If I knew which night is Layaltul-Qadr, what should I say during it?” And he instructed her to say:

O Allah (SWT) You are the best forgiver, beneficent and merciful. You love forgiveness so forgive me.  (At-Tirmidzi)

Got them this morning! Subhanallah! Thank you to them for making a day for me despite all the alphabets in my head this morning! Alhamdulillah!

Hamba yang hina…..

No responses yet

Aug 13 2010

Ramadhan Kareem!

Published by Ummu Mohammad under Coretan

Bismillahirrahmanirrahim!


Ramadhan Kareem! Allahu Akram!


Sami Yusuf


quran1.jpg#


Semoga Ramadhan kali ini akan lebih memantapkan iman kita, menambahkan buah2 kesabaran dan keredhaan dengan segala takdir yang memang sudah ditetapkan kepada kita, menjadikan Ramadhan ini bulan yang dapat melahirkan kita sebagai seorang muslim/ah yang tinggi darjatnya di sisi Allah (SWT) dan menentukan bulan2 yg akan datang dalam dakapan cinta dan redha Illahi, mengizinkan kita untuk lebih kuat dalam menghirungi arus dunya dan selebihnya kita mampu untuk merapatkan saf-saf yang sedia ada dalam menegakkan al-haq!

ameen ya Rabb!

Jom shopping pahala di Ramadhan Mega Sale!!! ;)


=)

No responses yet

Jun 19 2010

Realiti…..

Published by Ummu Mohammad under Luahan

Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah thuma alhamdulillah thuma alhamdulillah…kerana masih mampu diizinkan utk hidup di dunya milik Sang Khaliq ini.


Bila melihat realiti masyarakat pada masa ini, hati sungguh sedih.

Takutnya bila diri futur…terasa semangat hilang kebelakangan ini…lebih2 lagi apabila banyak kerja perlu dilakukan dan apabila org mula berkata2……

Satu hari bila kaki bertadah pergi ke Mall, sangat terkejut melihat gelagat anak2 pada masa ini….hanya Allah (SWT) swt saja lah tempat berbisik dan alhamdulillah mampu diluahkan dan diucapkan dgn lidah dgn kekesalan yang dilihat dengan adik-beradik. Astagfirullah….masih banyak kerja kena buat….selalu seorang kawan ini berkata, dia sangat tidak suka pergi ke Mall sebab kita tak mampu mengubah keadaan mereka, so teguran yg paling baik ketika itu adalah apabila menghadirkan kekesalan dan ketidak redhaan dgn apa yang berlaku di sana di dalam hati dan itu adalah serendah-rendah iman. Namun, bagi diri sendiri, ianya bagus utk ke sana utk menaikkan semangat kembali kerana melihat kerenah anak2 remaja sekarang dan kesedaran dgn perlunya kita bekerja kuat dlm menyebarkan islam di bumi Allah (SWT) ini.


Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemunkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.

(Riwayat Muslim)


As usual, apabila di rumah, memang TV selalu on. Dan bila mendengar atau duduk-duduk sambil melihat cerita2 senetron melayu yg masih ada agenda peluk, pegang sesama bukan muhrim, sungguh menyedihkan….sungguh annoying!(Tengok sebab bantu buat kerja/sembang-sembang, bukan bermakna nak tengok sangat). Tapi itulah realiti masyarakat masa ini kan. Lebih-lebih lagi apabila mendengar yang kononnya cerita “PANAS” mengenai artis2, argh..sungguh membosankan dan menghampakan. Dan yang lebih teruk lagi, apabila interviewer menyoal soalan2 yg kononnya “panas” walhal sgt buruk perbuatan tersebut. Banyaknya perbuatan buruksangka terjadi berleluasa dan membuat aib org lain serta mengapi2-apikan org lain. Astagfirullah….


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah (SWT); sesungguhnya Allah (SWT) Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (49:12)


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (49:6)

Banyak lagi masalah2 atau benda2 yg lebih penting dan berbaloi utk dibahaskan dan dipersoalkan pada masa ini seperti isu Palestine dan isu masalah sosial….

Doakan semoga saya akan sentiasa tetap di jalan Allah (SWT) swt.  Doakan Allah (SWT) memudahkan segala urusan saya. Sebab sangat banyak benda dan kerja yg perlu dibuat untuk mencapai kejayaan yang hakiki. Doakan Allah (SWT) mengizinkan utk bersua dgnNya dlm keadaan Dia redha kpdku dan mampu tersenyum syahid keranaNya…..

Allahualam…

No responses yet

May 02 2010

nice day!

Published by Ummu Mohammad under Coretan

Bismillahirrahmanirrahim…

Had netball with others this morning(4 hrs yo!) and qiyamulaill last night. It’s awesome! Alhamdulillah…. =)

May Allah (SWT) cherish our ukhuwah with loads of lovveeeeeee~ <3 xxoo!

No responses yet

Apr 30 2010

Cuma hendak mengadu padaMu….

Published by Ummu Mohammad under Luahan

Bismillahirrahmanirrahim…

Terasa hina diri ini bila berdiri di depan Sang Khaliq.

Pagi hari disibukkan dengan tugasan-tugasan yang kekadang membuatkan diri sendiri berpikir samada diri ini membuat benda-benda tersebut dengan bersungguh-sungguh dan secara ihsan atau tidak.

Malam hari kekadang terlupa utk menghabiskan masa untuk meng-muhasabah diri sendiri disebabkan kepenatan di pagi hari; yang mana kekadang terdapat banyak ketawa di pagi hari itu.

Malam hari juga kekadang terlupa untuk menghabiskan masa untuk menghadapNya di kala semua orang nyenyak tidur walhal itulah kekuatan sebenar seorang yang membawa risalah Allah (SWT) swt.

Semakin ramai orang hendakkan kepada kebaikan, terasa semakin berat beban pada diri sendiri. Semakin banyak istighfar, tasbih, tahmid and takbir yang perlu diucapkan, dan semakin banyak amal yang kena dibuat dan ditingkatkan lagi bagi menambahkan bekalan untuk berhadapan dengan mehnah-mehnah dan fitnah-fitnah yang sentiasa menunggu-nunggu di hadapan.

Walaubagaimana banyak amalpun yang kita kerjakan, namun bukan pahala yang kita hendak kejari sangat, tapi apa yang kita hendakkan dan sangat-sangat butuhkan adalah redhaNya jua.  Tanpa redha Sang Khaliq dan Pemilik sebenar hati dan diri ini, bererti rugilah hidup kita di dunia yang fana ini…nauzubillahminzalik…. Ya Rabb, izinkan kami sentiasa dlm redhaMu dan berkatilah setiap usaha, masa dan harta kami. Ameen!

Continue Reading »

No responses yet

Apr 27 2010

Open Your Eyes….and <3 too~

Published by Ummu Mohammad under Coretan

Bismillahirrahmaninrrahim….

I really love this song….. inshaAllah to share with all ;) and please do open your eyes and HEART <3 ;)

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

Open Your Eyes

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah (SWT)..)
Guide us every single day..
(Allah (SWT)..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah (SWT)..)
Guide us every single day..
(Allah (SWT)..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah (SWT)..)
Guide us every single day..
(Allah (SWT)..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah (SWT)..)
Guide us every single day..
(Allah (SWT)..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah (SWT)..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah (SWT)
Copyright: Awakening Records 2009

No responses yet

Feb 05 2010

Naming

Published by Ummu Mohammad under Coretan

Bismillahirrahmanirrahim


Today’s lecture, I studied on naming nature. It’s so fascinating that there are thousands or maybe millions of naming organisms. Taxonomy is known as putting a name to an organism. Well, luckily we didnt study each and ever single names of it but we just learn how they should be written when we’re typing or writing them, how they are given according to their species and if the founder find the name, his/her name should be stated towards the end of the names of the living organism.


The latter showed that the person who named the living organisms could claim that he/she was the first one found the name if there is a disagreement about the naming of them. This is sometimes accompanied by the date of naming. I was so overwhelmed when thinking on how people would disagree on claiming names. It reminds me back, whoever that person who claimed that species are named by him/her but actually Allah (SWT) taught/gave him idea on naming those organisms.


It relates on everything in this world. Sometimes I do wonder, how could human think about names like iPod, handphone, veil, koala bear,  environment, physics, and not to mention those sophisticated scientific names like Cyperus papyrus, Oreochromis shiranus, Caiman.….Actually everything comes from Allah (SWT)…. =) Subhanallah….


Behold, thy Lord said to the angels: “I will create a vicegerent on earth.” They said: “Wilt Thou place therein one who will make mischief therein and shed blood?- whilst we do celebrate Thy praises and glorify Thy holy (name)?” He said: “I know what ye know not.” And He taught Adam the names of all things; then He placed them before the angels, and said: “Tell me the names of these if ye are right.” (2:30-31)


Subhanallah…….He is The Most Gracious, The Most Merciful…….


Ya Rabb, please forgive me and let me be in those who always feel thankful to You.


-suddenly I remember what had happened this morning when we’re on our way back to my place…. MashaAllah..what a bless morning though I’d to rush a bit. But may his sayings come to reality in one day….nevertheless isnt that whatever come out from our mouth is considered dua? inshaAllah…bi iznillah ameen ya Rabb! :D -

No responses yet

Jan 16 2010

………..

Published by Ummu Mohammad under Luahan

Bismillahirrahmanirrahim

Aku mengorak langkah

walaupun dengan merangkak

untuk terus maju ke depan

namun ada yang masih membuatku sukar.

Aku ingin terus berada di bahtera ini

namun aku takut disebabkan aku ianya menjadi fitnah…

Aku ingin menjadi salah seorang yang disygi  dan diredhai oleh Sang Khaliq

yang disebut-sebut oleh para malaikat

namun cukupkah segala usaha dan amal yang aku lakukan untuk mendamba redhaNya

cukupkah utk aku bersua denganNya di jannah FirdausNya?

Sungguh banyak benda yang patut dilakukan untuk meraih cintaNya

namun kekadang rasa terbelakang dengan amal yg sedikit

ingin menjadi seperti umat yang terawal

tapi layakkah diri ini?

-muhasabah mode-

No responses yet

Dec 31 2009

Protected: Layakkah aku?

Published by Ummu Mohammad under Luahan

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Dec 19 2009

Diri kita yang menentukan sebenarnya…

Published by Ummu Mohammad under General Musings

Bismillahirrahmanirrahim


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Subahannallah, Alhamdulillah.


Happy because of 2 things.


1. Winter Escape

2. New baby boy in the family and inshaAllah one coming soon in July~ ;)

Continue Reading »

No responses yet

Next »